PENGENALAN

Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (KRJ) ditubuhkan pada tahun 1993.

Terdapat cawangan disemua negeri yang
diketuai oleh Pengarah KRJ negeri.

Aktiviti KRJ mengutamakan pembentukan
remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan.


OBJEKTIF

Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan

Membina generasi muda yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu mencapai kesejahteraan diri.

Melahirkan generasi yang berwawasan, berakhlak mulia dan dinamik.


ETIKA KRJ

Berakhlak mulia, berdisplin dan bercita-cita tinggi.

Menghormati pemimpin, ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.

Berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu.

Mempunyai semangat keperikemanusiaan

Menyayangi dan memelihara alam ciptaan Allah S.W.T


SYARAT KEAHLIAN

Remaja Islam yang berumur di antara 12 hingga 17 tahun

Mengisi borang keahlian secara online dan mendapat keizinan ibu bapa
Pengesahan keahlian akan di poskan selepas moderator
menerima borang keahlian pemohon.InsyaAllah..

Sekiranya tidak dapat mengisi borang secara online, kami menyediakan borang yang boleh diisi secara manual dan perlu mendapat pengesahan dari ibu bapa/penjaga.

Setiap ahli mestilah membayar yuran keahlian sebanyak RM5 dan menyerahkan sekeping gambar berukuran pasport untuk kad ahli.

Serahkan yuran dan gambar kepada AJK yang berkenaan atau poskan ke alamat berikut :

Kelab Remaja Jim Terengganu
No 5, Taman Sri Melor 4, Batu 6,
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman
(u.p. Md.Khairudin Bin Hasim)


0 Comments:

Post a Comment

<< Home